21 Februari 2011

JOM BUAT...My Cheese Cake

BAHAN-BAHAN


600g Soft Cheeses or Cream Cheese
1 cawan Yoghurt asli
1 cawan gula halus
2 sudu penuh tepung naik sendiri
4 biji telur
2 sudu jus limau

CARA-CARA 

Pukul keju hingga lembut dan sedikit kembang. Masukkan yoghurt, kemudian gula kemudian tepung dan jus limau. Pukul sehingga sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga sebati. Masak dalam microwave selama 28 minit pada 'medium' level,bukak hanya selepas 28 minit. Ambil garfu cucuk pada bahagian tepi dan tgh. Jika masih banyak cake yang melekat di garfu, tambah 2 minit lagi. Jika masih tidak masak, tambah lagi 2 minit. Selamat mencuba.


Untuk lebih sedap dan menarik,boleh buat base cake dgan biskut..boleh guna biskut oreo,biskut tawar,biskut digestive...
cara buatnya mudah..


200gm biskut,hancurkan....
75gm butter,cairkan...
Gaulkan dua bahan tersebut..
tekankan di dasar loyang...bakar 15min.





My favourite CHEESE N CHOC KUKUS

Bahan-bahan ( sebiji kek )

     UNTUK LAPISAN CHOC

  •  
  • *500g campuran brownies kukus (brownies bakar pun jadi)
  • *4 biji telur gred B
  • *75ml minyak masak
  • *200ml air
  • *5g baking powder
  • *5g soda bikarbonat

    UNTUK LAPISAN CHEESE
  • 250g cream cheese
  • 60g gula castor
  • 1 biji telur gred A
  • 25ml air 
   CARA-CARA
  1. campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 miniT
  2. campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang
  3. kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)
  4. masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
  5. masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
  6. masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..
  7. balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil,pastu kukus dgn api besar...