24 Februari 2011

Siakap 3 Rasa...

Salam..
Hey...shari xmenulis dlm blog nie rase mcm 2 tahun xmenulis..xde idea nak tulis ape..
Tp hari nie dah tau nak tulis tentang ape..Terima kasih achik bg idea...
hari nie nak tulis tentang ikan sakap 3 rasa..

Cara nya terlalu mudah..

BAHAN-BAHAN...
Ikan Siakap
Tepung Jagung (untuk salut ikan)

UNTUK SOS...
  • 3 ulas bawang merah         (dihiris atau di dadu)
  • 1 sudu besar cili kering kisar       (xletak pun xpe..)
  • 1/3 biji capsicum merah       (kalau mahu)
  • 1/3 biji capsicum hijau     (kalau mahu)
  • 1 biji tomato -        (didadu kasar)
  • 2 ulas bawang putih  (dihiris)
  • 3 cm halia    (dihiris halus)
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng ikan
    • 3 sudu besar sos tomato
    • 3 sudu besar sos cili
    • 3 sudu besar sos tiram
    • 3 sudu besar air
    • 1 sudu kecil gula pasir
Cara-Cara:-
  1. Sapukan tepung jagung sekeliling ikan.
  2. Panaskan kuali dan goreng ikan hingga kuning keemasan (*bagi garing sikit). Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang dihiris hingga wangi.
  4. Masukkan bahan2 sos dan biarkan mendidih. (*tambah air). Kacau rata dan biar mendidih sikit.
  5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
  6. Curahkan ke atas ikan tadi.

    p/s-nak makan baru curah kuah..

    Wassalam..