01 Mac 2011

menu hari ini MEE RACUN...


BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram mee kuning, cuci dan celur sekejap, toskan
1/2 kg tulang lembu,
1 inci halia, ditumbuk halus
Udang, sotong dan daging (ikut suka, nak guna semua jenis pun ok)
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*(*kisar halus)
4 camca besar cili kisar (mat letak 2 saja)
5 camca besar soso tomato
4 camca besar sos cili (mat guna sos cili thai)
1 camca besar gula (tak letak, sebab sos dah manis)
1 kiub ayam
2 kelopak kobis (nak guna sawi pun ok), dipotong
1 biji tomato, belah 6
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukup rasa
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Telur rebus untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

   1. Rebus tulang lembu dengan halia tumbuk hingga mendapat stok yang diperlukan (nak cepat rebus dalam pressure cooker selama 25 minit). Kalau guna daging lembu bukan jenis batang pinang, boleh rebus sekali bersama tulang lembu.
   2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus, hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah sos cili dan sos tomato, kacau rata dan tuang air rebusan tulang. Kacau dan biar mendidih.
   3. Masukkan kiub ayam, udang dan daging (kalau guna tulang, masukkan sekali). Tambah garam secukup rasa dan juga lada sulah. Bila kuah pekat sedikit, masukkan sotong, tomato dan sayur kobis, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
   4. Letak mee dalam mangkuk sesuai, tuang kuah bersama isi2nya sekali. Hias dengan bahan2 hiasan dan hidangkan segera.

kalau nak resepi mudah pun ada..lg mudah n senang..
BAHAN_BAHANNYA...
Kunci kereta(motor pun boleh)
duit secukupnya,
perut yang kosong

CARA-CARA...

start enjin kerea..
naik,tutup pintu..
cari kedai mee racun..
matikn enjin...
cari tempat duduk..
pas tu ckp cm nie..
'MEE RACUN 1!!!!!!!'

24 Februari 2011

Siakap 3 Rasa...

Salam..
Hey...shari xmenulis dlm blog nie rase mcm 2 tahun xmenulis..xde idea nak tulis ape..
Tp hari nie dah tau nak tulis tentang ape..Terima kasih achik bg idea...
hari nie nak tulis tentang ikan sakap 3 rasa..

Cara nya terlalu mudah..

BAHAN-BAHAN...
Ikan Siakap
Tepung Jagung (untuk salut ikan)

UNTUK SOS...
  • 3 ulas bawang merah         (dihiris atau di dadu)
  • 1 sudu besar cili kering kisar       (xletak pun xpe..)
  • 1/3 biji capsicum merah       (kalau mahu)
  • 1/3 biji capsicum hijau     (kalau mahu)
  • 1 biji tomato -        (didadu kasar)
  • 2 ulas bawang putih  (dihiris)
  • 3 cm halia    (dihiris halus)
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng ikan
    • 3 sudu besar sos tomato
    • 3 sudu besar sos cili
    • 3 sudu besar sos tiram
    • 3 sudu besar air
    • 1 sudu kecil gula pasir
Cara-Cara:-
  1. Sapukan tepung jagung sekeliling ikan.
  2. Panaskan kuali dan goreng ikan hingga kuning keemasan (*bagi garing sikit). Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang dihiris hingga wangi.
  4. Masukkan bahan2 sos dan biarkan mendidih. (*tambah air). Kacau rata dan biar mendidih sikit.
  5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
  6. Curahkan ke atas ikan tadi.

    p/s-nak makan baru curah kuah..

    Wassalam..











22 Februari 2011

SAHABAT...Zura,aku rindukan kau...

Salam...
Hari ini satu perasaan ku yang xtertanggung lg menjelma..
Perasaan rindu yang teramat...
Aku ada seorng SAHABAT bernama NOOR BAIZURA SAADON...
Dulu aku sering bersama dia sampaikan ade org kg yang panggil aku kami kembar..,kini dia dah jauh dari aku kerana mengikuti suaminya..
Walau kami dah berpasangan masing2..kami kerap kali juga meluangkan waktu bersama..
terutama ketika aku pulang ke Kg..Tapi sekarang dia dah tiada lg di Kg..Dia dah pindah ke Lumut Perak bersama2 suaminya..Aku amat risaukn keadaan dirinya yang kini Berbadan dua..
Pd hari Sabtu minggu lepas,aku ade jumpa adiknya,dan bertanyakan khabar berita tentang zura,adiknya mnyatakan yang zura sakit..mgkin kerana dia xpernah berpisah dari kluarganya..jd dia rindukan keluarganya sampai mmbuatkan dia jatuh sakit..aku rasa amat bimbang..
Hari ini aku kuatkan hati untuk mnghubungi zura..Hati aku sangat hiba mendengar tangisan rindu zura terhadap aku..aku pun ape lg..mcm ujan panas air mata mengalir..Yang paling gembira,zura bg tau yang dia akan pulang ke Kg pada hr Jumaat nie..jd,boleh la kami berjumpa...
Xsabar nie..Aku doakan dia dan suami selamat sampai ke kampung..Aku sentiasa menantikan kepulangannya..

wassalam...





Satu Malaysia (Merdeka Edition)

SIPADAN OH SIPADAN...

Salam..
Hehehe..korang sume mesti tertanya2kan kenapa topik sipadan nie di utarakan..
Emm..mlm td aku tgok cerita duyung lakonan Apek n Maya Karin..
Dah banyak kali tengok,tetapi mlm td bila tgok same2 ngn hubby , rase tertarik sgt2 dengan keindahan laut yg nampak batu karang nie..
So,aku ngan hubby berazam..untuk pergi ke Pulau Sipadan nie pada Tahun depan..
Mungkin Untuk Percutian Bulan Madu kami yang ke-3...hehehe
Mmg cm nie lah cara kami..Bila mahukan sesuatu,kami akan targed dlu dgn betul..contohnye tarikh n budjet yang perlu ada..
Bila dah ada dua2 tu ,muulalah mencari budjetnya..tp biasanya bila ade target mcm tu,ada saja rezeki n jalan untuk kami dapatkan duit2 tu..dgn niat untuk mngerat dan demi mahligai yang kami bina..
Tentang sipadan,Hubby minat dengan karang laut..jd target utama ialah sipadan..
sape2 ade info n tips tentang sipadan..harap dapat kongsi bersama..
doakan kami terus bahagia..insyaallah..
Amin......

wassalam..




21 Februari 2011

JOM BUAT...My Cheese Cake

BAHAN-BAHAN


600g Soft Cheeses or Cream Cheese
1 cawan Yoghurt asli
1 cawan gula halus
2 sudu penuh tepung naik sendiri
4 biji telur
2 sudu jus limau

CARA-CARA 

Pukul keju hingga lembut dan sedikit kembang. Masukkan yoghurt, kemudian gula kemudian tepung dan jus limau. Pukul sehingga sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga sebati. Masak dalam microwave selama 28 minit pada 'medium' level,bukak hanya selepas 28 minit. Ambil garfu cucuk pada bahagian tepi dan tgh. Jika masih banyak cake yang melekat di garfu, tambah 2 minit lagi. Jika masih tidak masak, tambah lagi 2 minit. Selamat mencuba.


Untuk lebih sedap dan menarik,boleh buat base cake dgan biskut..boleh guna biskut oreo,biskut tawar,biskut digestive...
cara buatnya mudah..


200gm biskut,hancurkan....
75gm butter,cairkan...
Gaulkan dua bahan tersebut..
tekankan di dasar loyang...bakar 15min.





My favourite CHEESE N CHOC KUKUS

Bahan-bahan ( sebiji kek )

     UNTUK LAPISAN CHOC

  •  
  • *500g campuran brownies kukus (brownies bakar pun jadi)
  • *4 biji telur gred B
  • *75ml minyak masak
  • *200ml air
  • *5g baking powder
  • *5g soda bikarbonat

    UNTUK LAPISAN CHEESE
  • 250g cream cheese
  • 60g gula castor
  • 1 biji telur gred A
  • 25ml air 
   CARA-CARA
  1. campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 miniT
  2. campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang
  3. kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)
  4. masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
  5. masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
  6. masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..
  7. balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil,pastu kukus dgn api besar...